apa khabar? harap semuanya dalam keadaan yang baik. saya akan memberikan sedikit cerita/peristiwa yang berlaku pada hari ini. Apakah yang terjadi di dalam kelas MA4H?
Pada waktu pagi,seperti biasa kami menunggu guru kelas kami (guru biologi) untuk mencatat kehadiran pelajar.Sebelum beliau meninggalkan bilik kelas itu,dia sempat mengingati pelajarnya tentang ujian lisan yang akan dijalankan di sebelah petang.Guru kelas kami begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan bahasa melayu.Walaupun ada sedikit kesalahan dalam bahasa beliau,kami(pelajar MA4H) berasa gembira dan senang hati kerana beliau sudi dan berusaha untuk memajukan bahasa melayu. =)
ketika subjek bahasa Inggeris(English) : Kami menyambung kembali pelajaran minggu lepas iaitu tentang Perang Dunia (tidak pasti).Ketika Cikgu Angela masuk ke kelas,pelajar lelaki yang sangat nakal(duduk di bahagian belakang) mempermainkan beliau.Mereka mengatakan waktu bahasa Inggeris ialah ketika masa ketiga(period three).Disini amat melucukan sekali kerana Cikgu Angela tertipu oleh mereka dan bersedia untuk keluar daripada kelas. (hehehee) Mujur pelajar lain (MA4H) memberitahu Cikgu Angela.Kalau tidak,mungkin hari ini kami tidak ada pelajaran bahasa Inggeris. (ahahaa XD)
Kemudian,subjek MIB : Cikgu Rasyidah ingin pelajar-pelajar (MA4H) yang belum membentangkan projek minggu sebelum ini akan membentang pada hari ini.Antara pelajar yang membentangkan pada hari ini ialah Job,Kinah,Amal.H,Zarifah dan Aqilah. (maaf jika ada nama yang tidak disebutkan disini) Ketika pembentangan dijalankan,ada perkara lucu dan juga serius.Guru MIB kami kurang senang dengan pembentangan hari ini.Walaubagaimanapun,pelajar-pelajar yang membentangkan projek mereka hari ini telah berusaha dalam menyiapkan projek mereka.Tahniah kepada mereka! ^^,
Subjek Additional Maths: Seperti biasa sahaja.Kami menyalin notes yang ditulis di papan oleh Cikgu Lim. Kemudian,kami diberikan kerjarumah. (huhuhuhu)
saya berhenti disini sahaja dahulu.Saya berasa penat dan mengantuk -_- selamat malam.